Akaun ustazkartun.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"Aku nak bebas!!!!" 


Jerit hati seorang remaja yang bernama Nor (bukan nama sebenar). Dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu dan ayahnya sangat tegas dalam mendidiknya. Sehingga kebanyakan pandangannya tidak diterima.


Nor selalu tertanya-tanya, mengapa dia hanya perlu ikut apa yang diaturkan oleh ibubapanya. Tidak bebas memberi pendapat dan meluahkan rasa. Persoalan yang sering timbul ialah mengapa hidup ini banyak peraturan? kenapa selalu disalahkan? kenapa orang lain boleh, aku tak boleh? mengapa begitu dan mengapa begini?


Dengan desakan dan tekanan yang dihadapinya, dia berjaya menjejakkan kakinya ke menara gading. Namun, apabila jauh dari keluarganya. Nor berfikir dia telah bebas untuk memilih dan melakukan apa sahaja.


Kemuncaknya, dia mula memilih rakan yang sekepala dengannya. Pergaulan antara jantina sudah tidak diendahkan. Kalau dulu, solat menjadi tiang agama yang kukuh dalam hidupnya. Namun kini, sudah jauh ditinggalkannya. Dia leka dengan nikmat dunia. 


Dia lebih mempercayai kawan berbanding ibu ayahnya kerana kawannya sering melayan dan mendengar luahan dan isi hatinya. Malangnya dia terlibat dengan zina. Namun akhirnya, dia ditinggalkan oleh 'lelaki' tersebut. Nasi telah menjadi bubur. Menyesal kemudian sudah tiada gunanya.


Begitulah tuan dan puan, remaja sering dikaitkan dengan kecelaruan identiti. Perubahan emosi, fizikal, cara berfikir dan kehidupan sudah mula berubah. 


Hidup dengan peraturan memang paling utama. Namun tanpa kekuatan rohani, semuanya pasti tidak menjadi. Itulah yang akan membentengi diri daripada terlibat dalam gejala sosial.


Seorang Ulama' ada menyatakan :

"Agama seseorang bergantung kepada agama rakannya."


Ayuh tuan, puan! 


Persiapkan anak-anak remaja kita dengan pegangan akidah dan cara hidup yang mantap supaya mereka boleh berada dalam landasan yang sebenar. Seterusnya boleh mempengaruhi rakan-rakannya kearah yang lebih baik. 


Atas rasa kebersamaan dan tanggungjawab. Maka, seminar yang dinanti-nantikan oleh semua ibu ayah akan diadakan secara online. Ayuh! daftarkan anak-anak kesayangan ke

SEMINAR REMAJA PRODUKTIF 2021